Khamis, 23 Mei 2019

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan
peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pe...


Kecekapan guru dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Noraisah Ibni Qasim, pengurusan alam pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut.

Guru perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal sebelum memasuki kelas. Elemen penting yang perlu disediakan sebelum memasuki kelas ialah kebijaksanaan dan penilitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi. Guru juga perlu merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan rujukan tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber termasuk laman web. Guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar dengan menitikberatkan aspek yang melibatkan inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya kelas tidak menjadi beku dan kaku diikuti dengan perancangan kemajuan pelajar, merangka rancangan kerja tahunan, termasuk ujian penilaian dan pentaksiran.

Aktiviti pembelajaran perlu dikendalikan dalam suasana yang kondusif. Antara cara mewujudkan suasana yang kondusif dalam kelas ialah dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik, pembentukan akhlak dan kemahiran tertentu dapat diterapkan dengan lebih mudah dan berkesan. Guru juga dapat memberikan motivasi yang berkesan kepada para pelajar dan menanam nilai murni dalam diri pelajar dengan lebih mudah dan berkesan.

Proses pembelajaran yang lebih menyeronokkan dapat membantu para pelajar memberi tumpuan dan memahami pelajaran dalam kelas. Teknik pembelajaran yang menyeronokkan perlu diaplikasikan di sekolah seperti dengan menggunakan alat bantuan mengajar, aktiviti berkumpulan dan memberikan peluang kepada pelajar memberi pendapat dan pandangan. Kaedah supaya pelajar lebih mudah ingat pula ialah dengan menggunakan kaedah akronim, menyuruh pelajar ke hadapan untuk menyelesaikan masalah di papan putih, menggunakan video dan menggunakan kaedah gallery walk.

Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran ini sangat penting kepada para pelajar bagi memudahkan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan lebih memahami apa yang mereka pelajari. Selain itu, proses pemindahan maklumat juga dapat berjalan dengan lancar tanpa gangguan dan pelajar dapat lebih fokus kepada sesuatu topik sahaja. Guru perlu menguasai beberapa kemahiran dan teknik sebelum memasuki kelas bagi memastikan para pelajar dapat menerima ilmu pengetahuan dengan teknik yang mudah dan berkesan.

BAB 13: Sekolah dan Persekitaran



PENDAHULUAN
Sekolah mestilah mengamalkan sikap tiga dimensi dimana sekolah akan bertoleransi dengan ibu bapa serta masyarakat( Seng, T. W. ,2005 ). Selain itu, mereka mestilah mencapai objektif yang sama. Contohnya, apabila sekolah ingin mencapai sesuatu objektif maka ibu bapa dan masyarakat harus berganding bahu merealisasikan objekif tersebut. Selain itu, sekolah mestilah ada hubungan yang mantap dan akrab dengan ibu bapa dan masyarakat. Contohnya, sekolah mengadakan program bersama ibu bapa dan masyarakat. Apabila program ini dijalankan ia akan menghasilkan hubungan yang akrab dan mantap disamping dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Akhir sekali,gabungan antara ibu bapa dan masyarakat serta sekolah dapat menghasilkan satu hubungan yang positif dimasa akan datang.
ISI PENTING
Sekolah adalah sebuah insitusi sosial bukanlah sekolah sahaja yang perlu memainkan peranan dalam mendidik anak anak. Ibu bapa dan masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam mendidik mereka. Selain itu, pihak ibu bapa dan masyarakat tidak perlu menyalahkan pihak sekolah 100% apabila berlakunya sesuatu perkara yang berkaitan dengan anak anak dan pihak sekolah. Pihak ibu bapa dan masyarakat mestilah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada sekolah untuk mendidik anak mereka. Selain itu, pihak sekolah juga memerlukan masyarakat yang bermuafakat dan prihatin agar tidak berlakunya permasalahan dan masalah dapat diatasi dengan sewajarnya


RUMUSAN
Hubungan mesra yang terbina diantara sekolah dan ibu bapa ini sangat digalakkan untuk masa akan datang. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan nama dan prestasi sekolah dalam mencapai kejayaan seseorang murid. Jadi hubungan ini sangat penting disesebuah sekolah untuk mencapai sekolah yang cemerlang bersama ibu bapa dan masyarakat. Seterusnya , hubungan yang terbina diantara sekolah bersama ibu bapa dan masyarakat juga boleh menghasilkan satu produk atau satu kejayaan yang boleh membehagiakan semua orang. Jadi sebagai ibu bapa dan masyarakat yang prihatin, kita mestilah mengambil hal ini secara serius dengan sentiasa berganding bahu bersama pihak sekolah untuk mendapat kejayaan bersama sama.


  RUJUKAN

  Malaysia, K. P. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Online)(www. moe. gov. my).

Razak, A. Z. A. (2006). Ciri iklim sekolah berkesan: Implikasinya terhadap motivasi pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education)31.
Seng, T. W. (2005). Penyelidikan tindakan: Perkembangan profesionalisme ke arah pengamalan reflektif dan penambahbaikan sekolah. Dalam Prosiding Penyelidikan Tindakan tahun, 3-4.

BAB 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA


PENGENALAN

Pengurusan pelbagai upaya merupakan satu langkah ynag diambil untuk memberi bantuan kepada murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Pengurusan murid pelbagai upaya ini merujuk kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada dari segi mental atau fizikal dan lebih terarah kepada program pendidikan khas. Dalam erti kata lain, pengurusan pembelajaran ini memfokuskan murid yang berkeperluan khas atau lebih dikenali sebagai pelajar yang kurang upaya (OKU). Maka program-program pendidikan yang digunakan merupkan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial bagi individu-individu yang berkeperliuan khas.



KONSEP PEMULIHAN
Konsep ini mengutamakan prinsip “menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak kronik”. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan pelajar lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Hal ini mewujudkan program pemulihan di mana ianya merupakan satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Maka guru berperanan menggunkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid serta membentuk personaliti yang baik dalam diri setiap orang murid.




CIRI-CIRI KANAK PEMULIHAN

v  Rendah Diri
v  Pasif
v  Menggangu Rakan
v  Kerap Tidak Hadir Sekolah
v  Lemah Pemahaman
v  Malas
v  Cepat Bosan.


KONSEP PENGAYAAN

Pengayaan didefinasikan dengan memberi aktiviti kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Konsep pengayaan melibatkan murid-murid yang pencapaian melebihi sederhana dalam menguasai kemahiran asas. Hal ini dilakukan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas di dalam atau luar kelas yang bercorakkan belajar sendiri dan memerlukan bimbingan guru pada tahap minima. Ini kerana membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehanmereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membanu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat.


JENIS PENGAYAAN

MENDATAR
MENEGAK
Aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan
Akrtiviti berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.







BEKEPERLUAN KHAS

Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Kumpulan murid berkeperluan khas ini sudah pasti mempunyai masalah dalam pembelajaran mereka. Oleh itu, murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran ini memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza berbanding dengan murid-murid yang biasa.


KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu aktiviti pengajarandan pembelajaran yang digunakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah didalam kelas. Pelaksanaan program ini bermatlamat untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya pencapaian murid dalam sesuatu aktiviti. Sekiranya matlamat ini dapat dicapai,golongan pelbagai upaya ini tidak merasa diri mereka disisihkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik dalam kelas.Saranan KPM kepada guru untuk melaksanakan strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif yang memberi kesan positif kepada murid yang cenderung dalam ketegori pelbagai upaya ini. Natijahnya, setiap murid memiliki keunikan dan keistimewaan tersendiri. Adalah penting bagi seseorang guru untuk memahami perkara tersebut dan berkeupayaanuntuk mempelbagaikan pendekatan yang berbeza untuk menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pengajaran secara holistik menerusi PelanPembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ini selari dengan salah satu aspirasiTransformasi Nasional 2050 (TN50) bagi memacu negara pada masa hadapan.


RUJUKAN

Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995

BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


Pengenalan

Budaya didefiniskan ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia dari persekitaran sosialnya (Amir 2002). Selain itu, budaya juga ialah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperoleh seseorang sebagai ahli masyarakat (Tylor 1871). budaya juga proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan (Bourdieu 1990). Manakala Pelbagai Budaya didefinisikan sebagai satu sistem kepercayaan dan tingkah laku uang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan meghargai perbezaan sosiobudaya dan menggalakkkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.



 KESEDARAN PELBAGAI BUDAYA PADA GURU


Penggunaan tutur kata bebas dari berbaur perkauman dan sensitiviti agama.
v  Guru berperanan mengajar dan mendidik murid-murid di dalam sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga yang banyak mempengaruhi tindakan dan kefahaman murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dengan ini, guru mestilah bijak menyesuaikan diri dengan suasana bilik darjah dan menjaga perlakuandan tutur kata supaya bebas daripada unsur-unsur yang berbaur perkauman dan sensitiviti agama semasa menyampaikan penjelasan dan penerangan dalam bilik darjah.

Masalah pertuturan dalam kalangan murid Cina dan India mempengaruhi kefahaman konsep.

v  Kesedaran guru terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat dalam sesebuah bilik darjah mempengaruhi strategi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan teknik pembelajaran yang sesuai amat penting bagi memastikan kefahaman dan penerimaan pengetahuan murid yang terdiri dari pelbagai budaya adalah jelas dan tepat. Guru perlu menggalalkkan murid-murid yang lemah bertutur terutamanya murid Cina dan India supaya kerap berinteraksi dan komunikasi dengan murid Melayu untuk memantapkan lahi pertuturan mereka.

Menambahkan pengetahuan tentang budaya lain

v  Pengetahuan tentang adat resam, budaya, kepercayaan dan sistem nilai pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia perlu wujud bagi menambahkan dan meluaskan ilmu pengetahuan guru berkaitan amalan budaya murid-muridnya di dalam bilik darjah. Aktiviti perkongsian dan pertukaran ilmu tentang budaya masing-masing akan berlaku dan secara tidang langsung aktiviti ini membolehkan jurang perkauman antara murid dapat dihapuskan.

Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif

v  Kelancaran pengajaran dan pembelajaran banyak disumbangkan oleh kerjasama dan perhatian yang diberikan murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Penyusunan kedudukan meja murid-murid dalam bilik darjah hendaklah melibatkan semua kaum. Konflik yang timbul sesama murid dalam bilik darjah terutamanya yang melibatkan perkauman perlu diatasi segera bagi mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih besar.

Membina hubungan dan interaksi antara pelbagai kaum dalam bilik darjah

v  Perancangan pengajaran dam pembelajaran guru perlu melibatkan komunikasi dua hala iaitu interaksi guru dan murid serta interaksi murid dengan murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira peluang yang sama rata kepada setiap ahli kumpulan agar dapat megelakkan prejedis antara murid yang berbeza budaya.

KESIMPULAN

Kepelbagaian budaya merupakan satu strategi dan perspektif baharu untuk memahami variasi pelajar darimasyarakat yang berbilang kaum dan berbilang budaya. Dengan ini, hubungan yang lebih harmoni dapat diwujudkan semasa berinteraksi. Strategi ini seharusnya dapat membantu para pelajar memahami kepelbagaian budaya yang ada di negara ini supaya mtlamat pendidikan untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang wujudnya pelbagai nilai, budaya, agama dan bangsa dalam masyarakatnya serta terdapat pula persamaan-persamaan dalam budaya berbagai dapat dicapai. Di samping itu, dapat meningkatkan interaksi budaya di dalam bilik darjah dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

RUJUKAN






BAB 10: PENGURUSAN PENASIHAT MURID


1.      PENDAHULUAN

Pengurusan Penasihatan Murid ini secara keseluruhannya memberi tumpuan kepada pengurusan penasihatan murid yang terdiri daripada 3 komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Dapat didefinisikan pengurusan bermaksud satu proses sosial yang dibentuk dan disusun bagi mewujudkan kerjasama, penyertaan, penglibatan ahli-ahli dalam organisasi untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Menurut James Stoner, pengurusan ialah satu proses untuk merancang, mengorganisasikan, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Penasihatan pula mengikut kamus Dewan (1994) ditakrifkan sebagai ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, menyusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Menurut Zuraidah (1994), nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini meruppakan cara yang mudah untuk mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa, dan menjelajah masalah yang dihadapi. Murid pula mengikut kamus Dewan Edisi Empat, merujuk kepada anak orang atau anak yang sedang belajar atau berguru.
 2.      ISI PENTING

Tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam topik pengurusan penasihatan murid ini ialah berkaitan bimbingan, mentoring dan penasihatan. Di dalam topik ini, bimbingan dapat dipecahkan kepada konsep dan ciri-ciri. Konsep bimbingan ialah diberi kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian yang bijak. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka.

Menurut Crow & Crow 1960, Bantuan seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri. Ciri-ciri bimbingan pula ialah, pertama bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang dan bukanlah kegiatan yang dilakukan secara tidak sengaja malah ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan. Seterusnya, merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Selain itu, bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya. Akhir sekali, bimbingan yang diberikan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya.
 Seterusnya, penasihatan juga mempunyai konsep dan ciri-ciri di dalam pengurusan penasihatan murid. Konsep penasihatan menurut Zuraidah (1994), memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Menurut Kamus Dewan pula, nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Ciri-ciri penasihatan ialah berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah. Selain itu, berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan. Seterusnya, memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.

Kedua-dua bimbingan dan penasihatan ini mempunyai proses yang sama yang dikenali sabagi proses bimbingan dan nasihat. Terdapat 5 fasa didal proses tersebut dimana fasa pertama dikenali sebagai fasa kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Dalam fasa ini, pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu perlu menerima konsep ini. Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar. Fasa ke 2 pula berkaitan, menguasai kemahiran asas bimbingan dan penasihatan. Pada tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas.

  Fasa 3 pula merupakan proses mengenali pelajar. Pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan  penasihatan. Fasa 4, proses membimbing pelajar yang secara khususnya pelajar akan dibimbing melalui tiga cara iaitu menjalankan bimbingan secara individu, bimbingan secara kelompok dan juga konsultansi yang melibatkan ibu bapa. Fasa terakhir ialah analisis penilaian, fasa ini melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan.

Akhir sekali, mentoring mempunyai konsep, ciri-ciri dan proses di dalam pengurusan penasihatan murid. Konsep mentoring ialah, mentoring mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara individu (mentor) dengan individu atau sekumpulan individu (mentee) bertujuan meningkatkan tahap professionalisme mantee. Menurut Fletcher(2000), Mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus  dan mengarahkan. Ciri-ciri mentoring ialah, mementingkan perkembangan personal dan professional mentee yang berterusan, memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif, menerima kesilapan yang boleh diterima dan yang tidak. Terdapat 4 proses iaitu yang pertama menjalin hubungan. Masa diberikan untuk mengenali di antara satu sama lain supaya timbul rasa saling percaya. Kedua proses merundigkan perjanjian, wujudnya perjanjian bersama ini akan mewujudkan perhubungan yang harmoni. Seterusnya, perkembangan profesional mantee yang mana merupakan langkah utama mentoring kerana melibatkan fungsi dan peranan mentoring itu sendiri. Akhir sekali, menamatkan perhubungan. Apabila proses mentoring berakhir apabila matlamatnya tercapai di mana ia dinilai oleh mereka yang berkenaan.

3.      RUMUSAN

Bimbingan, penasihhatan, dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Langkah yang berbeza ini bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah konflik fan matlamat tersediri. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus diwujudkan agar mereka menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang mereka.

4.      RUJUKAN

Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995

Pengurusan Penasihatan Murid “https://coggle.it/diagram/WB6Ln7yisFhJKti6/t/pengurusan-penasihatan-murid”


BAB 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU


1.       PENGENALAN
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.

2.       ISI PENTING
Peraturan ialah undang-undang yang ditetapkan untuk menentukan ketenteraman, keharmonian dan kelicinan perjalanan aktiviti-aktiviti dalam masyarakat. Peraturan sekolah merupakan satu persetujuan yang dipersetujui bersama oleh warga sekolah dalam mengawal disiplin dan tingkah laku manusia yang berada di dalamnya. Menurut Abdullah Sani (2005), disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi individu daripada segi intelek, jasmani, rohani dan sosial supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta  berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada masyarakat. Disiplin adalah adalah satu set peraturan yang telah ditetapkan kepada murid-murid bagi mengawal serta untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini.
Guru sebagai guru disiplin. Walaupun seseorang guru itu tidak menggalas jawatan sebagai seorang guru disiplin mereka juga hendaklah mengambil tanggungjawab bersama dalam menentukan disiplin sekolah untuk sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan terkawal. Semua guru memainkan peranan dan tanggungjawab mereka bukan sahaja setakat mengurus atau mengajar tetapi juga mendidik. Mereka membentuk sikap, nilai dan akhlak murid-murid melalui pembentukan disiplin yang baik. Kokurikulum meningkatkan tahap dan mutu disiplin pelajar. Aktiviti kokurikulum ini  bukan sahaja dapat melatih pelajar untuk mengamalkan gaya hidup sihat tetapi juga dapat mengawal tingkah laku dan disiplin mereka. Kokurikulum ini juga dapat mengelakkan para pelajar supaya tidak terjerumus dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

3.       RUMUSAN
Pelajar bersetuju bahawa disiplin ialah latihan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan. Majoriti pelajar mengatakan bahawa kepatuhan kepada  peraturan sekolah boleh membentuk pelajar menjadi individu yang bertanggungjawab dan disiplin diadakan untuk mewujudkan suasana yang harmoni di sekolah. Sebahagian besar  pelajar berpendapat disiplin sekolah amat penting untuk menjamin kesejahteraan pelajar, guru dan sekolah bahkan mereka bersetuju bahawa penerangan mengenai peraturan sekolah telah disebarkan secara terperinci kepada pelajar. Majoriti pelajar juga berpendapat peraturan sekolah yang sedia ada perlu diubah suai mengikut peredaran semasa tetapi ada juga pelajar yang berpendapat peraturan yang ditetapkan di sekolah adalah sesuai dan tidak mengongkong.
Kebanyakan pelajar tidak bersetuju bahawa membentuk disiplin secara paksaan adalah lebih  berkesan kepada pelajar sekolah kerana pelajar akan memberontak jika mereka dipaksa melakukan perkara yang mereka tidak suka. Selain itu, ramai pelajar bersetuju bahawa hanya orang yang berdisiplin sahaja boleh  berjaya dan sebab itulah pelajar sentiasa berusaha mematuhi peraturan sekolah walaupun  peraturan itu tidak rasional.
Majoriti pelajar bersetuju bahawa kesedaran diri pelajar itu sendiri lebih baik dalam membentuk disiplin yang berkesan. Oleh kerana itu, ramai pelajar yang tidak  bersetuju memakai pakaian menutup aurat kerana terpaksa mematuhi peraturan sekolah. Dengan wujudnya kesedaran diri sendiri berbantukan keimanan yang jitu dalam diri pelajar dapat mendorong mereka mematuhi disiplin yang ditetapkan dengan kerelaan diri sendiri. Guru juga memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar selepas ibu bapa. Oleh sebab itulah hubungan yang erat antara pelajar dan guru dapat melahirkan disiplin yang  baik. Di samping itu, guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai murni setiap kali selepas sesi  pembelajaran sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Ramai pelajar yang tidak bersetuju  bahawa kurangnya minat dalam belajar menyebabkan mereka melakukan kesalahan disiplin di sekolah.
Sebahagian besar pelajar bersetuju bahawa kegiatan kokurikulum mempunyai banyak faedah kepada pelajar dan ia dapat meningkatkan tahap dan mutu disiplin pelajar. Oleh itu,  pelajar bersedia memikul tanggungjawab apabila dilantik menjadi pengerusi persatuan atau kelab. Guru-guru juga akan mengambil tindakan apabila pelajar tidak menghadiri aktiviti kokurikulum untuk memastikan pelajar tidak terjebak dengan perkara yang tidak berfaedah. Ada di antara mereka juga berpendapat perhimpunan mingguan sekolah adalah salah satu cara untuk membentuk disiplin pelajar. Pengawas akan mengambil tindakan ke atas pelajarpelajar yang melanggar peraturan sekolah. Dan seterusnya guru disiplin akan menggunakan rotan sekiranya pelajar melakukan kesalahan. Ada juga pelajar bersetuju mengimplikasi peraturan menggantung pelajar daripada persekolahan apabila mereka didapati bersalah melanggar disiplin dapat mengurangkan masalah disiplin sekolah.

4.       RUJUKAN
Siti Zahirah. (2013). Pengurusan Tingkah Laku. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/skke1/pengurusan-tingkah-laku-18530621 Umagul L. (2015). Pengurusan Tingkah Laku. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/umagul/pengurusan-tingkah-laku-52740259 Shahrul Azniza. (2012). Pengurusan Tingkah Laku. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/cad092448/slide-show-pengurusan-tingkah-laku Herry Hazz. (2013). Definisi Pengurusan Tingkah Laku. Diperolehi daripada https://www.scribd.com/document/169272997/Definisi-Pengurusan-Tingkah-Laku