Isnin, 20 Mei 2019

BAB 5 & 6: PENGURUSAN MURID & BILIK DARJAH

Pengurusan Murid

Terdapat banyak definisi yang diperkenalkan oleh pakar-pakar dalam bidang pengurusan. Antara definisi yang ringkas dan mudah difahami ialah pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. “Pengurusan adalah proses untuk mencapai misi dan objektif organisasi melalui tindakan yang diselaraskan ahli organisasi. “(Michael & Jones 2000) “Pengurusan adalah proses bekerja dengan orang dan sumber untuk mencapai matlamat organisasi.” (Snel, Bateman 2000). Suatu proses mendapatkan penyetaan kerjasama dan camputangan ahli untukmencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan gerak kerjanya termasukproses merancang, mengelola, memimpin, mengarah, dan mengawal.
Seterusnya murid atau peserta didik adalah orang yang mempunyai potensi asas, yang perlu dikembangkan melalui pendidikan, baik secara fizikal mahupun mental, baik pendidikan itu di lingkungan keluarga, sekolah mahupun dilingkungan masyarakat di mana kanak-kanak tersebut berada. Abu Ahmadi (2003) juga menuliskan tentang pengertian peserta didik, peserta didik adalah orang yang belum dewasa, yang memerlukan usaha, bantuan, bimbingan orang lain untuk menjadi dewasa, guna dapat melaksanakan tugasnya sebagai makhluk Tuhan, sebagai umat manusia, sebagai warga Negara, sebagai anggota masyarakat dan sebagai suatu pribadi atau individu.
Menurut Jaafar Muhammad (1988), pengurusan merupakan satu proses pengagihan input-input dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarakan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output yang diperlukan oleh pelanggan supaya organisasi tercapai.  Peter F. Drucker menyatakan pengurusan sebagai proses sosial yang dibentuk untuk memberi  kerjasama, penglibatan, campur tangan dan penyertaan org lain ke arah pencapaian yang lebih berkesan bagi objektif utama.
Antara jenis rekod murid mengandungi rekod murid menyediakan maklumat lengkap dan mengenai kemajuan murid dalam segala aspek perkembangan potensi seperti Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani.  Sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kelebihan anak mereka.  Sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.  Tambahan pula, jenis rekod murid yang terdapat ialah antara jenis rekod murid yang digunakan oleh pihak sekolah untuk mengurus murid iaitu, rekod pendaftaran, rekod kedatangan, rekod prestasi, rekod profil, rekod kutipan yuran serta rekod himpunan 001 dan 002. Noriati (2009) mendefinisikan strategi pengajaran berpusatkan murid sebagai pengambil alihan tugas atau tanggungjawab daripada guru oleh murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.  Dalam strategi ini, guru hendaklah memastikan murid-murid belajar sesuatu dan membina pengetahuan mereka sendiri melalui aktiviti yang dilakukan.  Selain itu, strategi ini juga dapat meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kemahiran berfikir, menambahkan keyakinan diri, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama dalam kalangan murid (Shahabuddin, 2007).
Menurut Brunner (1966) pula menyatakan bahawa kesediaan murid belajar adalah berkaitan apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila peringkat perkembangannya. Antara kesediaan adalah seperti berikut.  Kesediaan Kognitif.  Seseorang pelajar mempunyai kesediaan kognitif untuk mempelajari sesuatu yang baru apabila seseorang pelajar sanggup dan dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran dan menerima faedahnya.  Dengan erti kata yang lain, pencapaian ilmiahnya adalah sepadan dengan usaha dan latihan yang diperlukannya.  Kesediaan Afektif.  Kesediaan afektif merujuk kepada sikap kesedaran, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Kesediaan afektif juga dapat dikaitkan dengan motivasi intrinsik.  Kesediaan Psikomotor.  Psikomotor merujuk kepada tindakan fizikal.  Kesediaan psikomotor pula bermaksud seseorang yang mempunyai potensi dan kematangan fizikal yang melibatkan otot, tulang anggota, dan pengawalan serta penyelarasan pengerakkan badan.  Seseorang yang mempunyai kesediaan psikomotor telah bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam proses pembelajaran yang baru.  Kesediaan psikomotor adalah tinggi apabila tubuh badan mencapai kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan.
engurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Tujuan Mengurus Rekod Murid
·         Mantapkan sistem pengurusan murid di sekolah
·         Kemaskini profil murid
·         Mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar
·         Meyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek     perkembangan potensi (JERI)
·         Sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka.
·         Sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.

  
Pengurusan Bilik Darjah.

Pengurusan biik darjah: proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Bilik darjah ialah persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran. Bab ini juga banyak memberikan penjelasan memahami dan menghuraikan konsep pengurusan bilik darjah, cara menguruskan bilik darja, jenis-jenis bilik darjah dan strategi pengurusan bilik darjah.
            Pengurusan bilik darjah yang berkesan sebenarnya melibatkan pelbagai aspek seperti ciri peribadi seorang guru, rutin dan peraturan bilik darjah, iklim bilik darjah, dan hubungan antara aspek pengurusan dan pengajaran. Untuk menjadikan bilik darjah lebih kondusif, berkesan dan dapat diurus dengan cekap, guru henldaklah mempunyai sifat-sifat seorang pengurus yang baik seperti tegas, demokratik, pengasih dan prihatin. Sebagai pengurus yang baik, tugas guru bukan hanya tertumpu kepada proses pengajaran semata-mata tanpa mengambil kira iklim dan persekitaran serta masalah-masalah semasa pelajar tetapi juga berusaha untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif, sihat, dan positif untuk menggalakkan pembelajaran.
            Selain itu, Richards (1990) telah menyakan bahawa organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Alberto & Troutman (1986) berpendapat kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran. Menurut Sanford J., Emmer E. & Clemments B.), pengurusan bilik darjah perlu dilihat sebagai bidang yang lebih luas daripada hanya kawalan bilik darjah dan peraturan. Hal ini termasuklah semua perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran yang produktif.
            Pengurusan yang berkesan akan memfokuskan kepada aspek-aspek seperti kemajuan pelajaran, interaksi dan penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk memastikan segala objektif dan matIamat yang ingin dicapai menjadi kenyataan, seorang guru hendaklah mengetahui dan memahami prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah. Hall (2000) berpendapat pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan. Pengurusan bilik darjah melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar. Sama ada sedar atau tidak, gaya kepirnpinan guru daIam mengurus bilik darjah akan memberi kesan kepada iklim dan suasana persekitaran bilik darjah.
            Prinsip yang pertama yang ditekankan adalah hubungan baik antara guru dengan pelajar. Oleh kerana pelajar dan guru yang berada dalam bilik satu bilik darjah berkongsi matlamat yang sama daIam proses pengajaran dan pembelajaran, maka kedua-dua belah pihak perlulah bekerjasama. Prinsip kedua adalah kepercayaan dan sikap optimis guru. Guru sebagai pengurus perlu yakin dan percaya akan keupayaan mengendalikan kelasnya. Pelajar akan memberikan kerjasama dan sekiranya guru memperlihatkan kesungguhannya dalam menjalankan tugas tersebut. Prinsip ketiga pula adalah bersikap adil dan positif kepada semua pelajar. Kerjasama antara guru dan pelajar sangatlah penting dalam pengurusan bilik darjah yang cekap dan berkesan. Oleh itu, untuk mendapatkan kerjasama daripada pelajar termasuk pelajar yang selalu membuat masalah, guru seharusnya bersikap positif terhadap semua pelajar. Pelajar yang bermasalah perlu diberi lebih perhatian, dan bukannya disisihkan atau tidak dipedulikan. Tunjukkan kepada mereka bahawa sikap mereka yang tidak digemari, bukannya diri mereka. Biasanya apabila mereka sedar bahawa guru mengambil berat terhadap mereka, mereka akan Iebih bersifat terbuka, mudah berkongsi masalah dan sedia mengubah perlakuan mereka yang negatif samada dari sudut pengurusan disekoIah atau dimana-mana organisasi, terdapat dua istilah iaitu langkah 'corrective~ (memperbaiki) dan ‘preventive’ (mencegah).
            Intihanya, pengurusan bilik darjah melibatkan segala aktiviti yang dilaksanakan oleh guru untuk membentuk dan mewujudkan sebuah iklim bilik darjah yang membantu keberkesanan dan kecekapan pengajaran. Bab ini dapat mengetahui sejauh mana keberkesanan peranan guru dalam mengurus bilik darjah, ciri-ciri guru guru berkesan dan persekitaran bilik darjah serta bahan bantu mengajar dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlu mengambil kira semua aspek kepelbagaian budaya apabila mengurus bilik darjah dalam semua peringkat pengajaran. 

RUJUKAN 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan