Pengenalan
Budaya didefiniskan ciri-ciri atau hasilan tingkah
laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia dari persekitaran sosialnya (Amir
2002). Selain itu, budaya juga ialah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi
ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan
sebarang bentuk keupayaan yang diperoleh seseorang sebagai ahli masyarakat
(Tylor 1871). budaya juga proses sosial di mana budaya dan struktur sosial
adalah saling berkaitan (Bourdieu 1990). Manakala Pelbagai Budaya didefinisikan
sebagai satu sistem kepercayaan dan tingkah laku uang mengiktiraf dan
menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau
masyarakat, mengakui dan meghargai perbezaan sosiobudaya dan menggalakkkan dan
menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif
dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.
Penggunaan
tutur kata bebas dari berbaur perkauman dan sensitiviti agama.
v Guru berperanan mengajar dan mendidik murid-murid di dalam sebuah kelas
yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga yang banyak mempengaruhi
tindakan dan kefahaman murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Dengan ini, guru mestilah bijak menyesuaikan diri dengan suasana
bilik darjah dan menjaga perlakuandan tutur kata supaya bebas daripada
unsur-unsur yang berbaur perkauman dan sensitiviti agama semasa menyampaikan
penjelasan dan penerangan dalam bilik darjah.
Masalah pertuturan dalam kalangan
murid Cina dan India mempengaruhi kefahaman konsep.
v Kesedaran guru terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat dalam sesebuah
bilik darjah mempengaruhi strategi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan
pelbagai kaedah pengajaran dan teknik pembelajaran yang sesuai amat penting
bagi memastikan kefahaman dan penerimaan pengetahuan murid yang terdiri dari
pelbagai budaya adalah jelas dan tepat. Guru perlu menggalalkkan murid-murid
yang lemah bertutur terutamanya murid Cina dan India supaya kerap berinteraksi
dan komunikasi dengan murid Melayu untuk memantapkan lahi pertuturan mereka.
Menambahkan
pengetahuan tentang budaya lain
v
Pengetahuan
tentang adat resam, budaya, kepercayaan dan sistem nilai pelbagai budaya yang
terdapat di Malaysia perlu wujud bagi menambahkan dan meluaskan ilmu
pengetahuan guru berkaitan amalan budaya murid-muridnya di dalam bilik darjah.
Aktiviti perkongsian dan pertukaran ilmu tentang budaya masing-masing akan
berlaku dan secara tidang langsung aktiviti ini membolehkan jurang perkauman
antara murid dapat dihapuskan.
Mewujudkan
suasana bilik darjah yang kondusif
v Kelancaran pengajaran
dan pembelajaran banyak disumbangkan oleh kerjasama dan perhatian yang
diberikan murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Penyusunan
kedudukan meja murid-murid dalam bilik darjah hendaklah melibatkan semua kaum. Konflik
yang timbul sesama murid dalam bilik darjah terutamanya yang melibatkan
perkauman perlu diatasi segera bagi mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih
besar.
Membina hubungan dan interaksi antara pelbagai
kaum dalam bilik darjah
v Perancangan pengajaran dam pembelajaran guru perlu melibatkan komunikasi
dua hala iaitu interaksi guru dan murid serta interaksi murid dengan murid. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira peluang yang sama rata kepada
setiap ahli kumpulan agar dapat megelakkan prejedis antara murid yang berbeza
budaya.
KESIMPULAN
Kepelbagaian budaya merupakan satu strategi dan perspektif baharu untuk
memahami variasi pelajar darimasyarakat yang berbilang kaum dan berbilang
budaya. Dengan ini, hubungan yang lebih harmoni dapat diwujudkan semasa
berinteraksi. Strategi ini seharusnya dapat membantu para pelajar memahami
kepelbagaian budaya yang ada di negara ini supaya mtlamat pendidikan untuk
memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang wujudnya pelbagai nilai,
budaya, agama dan bangsa dalam masyarakatnya serta terdapat pula
persamaan-persamaan dalam budaya berbagai dapat dicapai. Di samping itu, dapat
meningkatkan interaksi budaya di dalam bilik darjah dalam proses pembelajaran
dan pengajaran di sekolah.
RUJUKAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan