PENDAHULUAN
Sekolah mestilah mengamalkan sikap tiga dimensi dimana sekolah akan bertoleransi dengan ibu bapa serta masyarakat( Seng, T. W. ,2005 ). Selain itu, mereka mestilah mencapai objektif yang sama. Contohnya, apabila sekolah ingin mencapai sesuatu objektif maka ibu bapa dan masyarakat harus berganding bahu merealisasikan objekif tersebut. Selain itu, sekolah mestilah ada hubungan yang mantap dan akrab dengan ibu bapa dan masyarakat. Contohnya, sekolah mengadakan program bersama ibu bapa dan masyarakat. Apabila program ini dijalankan ia akan menghasilkan hubungan yang akrab dan mantap disamping dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Akhir sekali,gabungan antara ibu bapa dan masyarakat serta sekolah dapat menghasilkan satu hubungan yang positif dimasa akan datang.
ISI PENTING
Sekolah adalah sebuah insitusi sosial bukanlah sekolah sahaja yang perlu memainkan peranan dalam mendidik anak anak. Ibu bapa dan masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam mendidik mereka. Selain itu, pihak ibu bapa dan masyarakat tidak perlu menyalahkan pihak sekolah 100% apabila berlakunya sesuatu perkara yang berkaitan dengan anak anak dan pihak sekolah. Pihak ibu bapa dan masyarakat mestilah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada sekolah untuk mendidik anak mereka. Selain itu, pihak sekolah juga memerlukan masyarakat yang bermuafakat dan prihatin agar tidak berlakunya permasalahan dan masalah dapat diatasi dengan sewajarnya
RUMUSAN
Hubungan mesra yang terbina diantara sekolah dan ibu bapa ini sangat digalakkan untuk masa akan datang. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan nama dan prestasi sekolah dalam mencapai kejayaan seseorang murid. Jadi hubungan ini sangat penting disesebuah sekolah untuk mencapai sekolah yang cemerlang bersama ibu bapa dan masyarakat. Seterusnya , hubungan yang terbina diantara sekolah bersama ibu bapa dan masyarakat juga boleh menghasilkan satu produk atau satu kejayaan yang boleh membehagiakan semua orang. Jadi sebagai ibu bapa dan masyarakat yang prihatin, kita mestilah mengambil hal ini secara serius dengan sentiasa berganding bahu bersama pihak sekolah untuk mendapat kejayaan bersama sama.
RUJUKAN
Malaysia, K. P. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Online)(www. moe. gov. my).
Razak, A. Z. A. (2006). Ciri iklim sekolah berkesan: Implikasinya terhadap motivasi pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 31.
Seng, T. W. (2005). Penyelidikan tindakan: Perkembangan profesionalisme ke arah pengamalan reflektif dan penambahbaikan sekolah. Dalam Prosiding Penyelidikan Tindakan tahun, 3-4.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan