Isnin, 20 Mei 2019

BAB 2 : INTERAKSI DALAM PENGURUSAN PEMBELAJARAN


Interaksi
Tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain ataupun tindak balas antara dua atau beberapa pihak.

JENIS INTERAKSI

a)Interaksi sehala dari guru kepada murid

b)Interaksi dua hala diantara guru dengan murid

c)Interaksi dua hala antara murid dengan murid


CARA MEMBENTUK INTERAKSI YANG SIHAT DALAM PEMBELAJARAN

*Penyoalan dalam pengajaran

*Menggunakan kaedah pembelajaran koperatif

*Memupuk sikap yang betul terhadap interaksi

*Mempelbagaikan aktiviti pengajaran

Pengurusan
 Pengurusan ialah proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli organisasi dan menggunakan sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner, 1984).

Pembelajaran
Menurut Murphy dan Alexander (2006), pembelajaran ialah proses seseorang pelajar memperoleh suatu kefahaman dan mengubah kefahaman tertentu yang telah dipelajari itu.





RUJUKAN

Bakar, R. A. (2015). Interaksi Sosial. UPMpublisher.
Rahardjo, T. (2012). Ilmu komunikasi.
Gerungan, W. A. (2004). Psikologi Sosial






Tiada ulasan:

Catat Ulasan